Wednesday 2 August 2017

Logo dan Tema Kemerdekaan Malaysia

Logo Dan Tema Kemerdekaan Malaysia


(* Logo mula digunakan pada tahun 1976)
Tahun: 1970 (Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun)
Tema : Muhibah dan Perpaduan

Tahun: 1971 (Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun)
Tema : Masyarakat Progresif

Tahun: 1972 (Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun)
Tema : Masyarakat Adil

Tahun: 1973 (Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun)
Tema : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia

Tahun: 1974 (Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun)
Tema : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

Tahun: 1975 (Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun)
Tema : Masyarakat Berdikari

Tahun: 1976 (Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun)
Tema : Ketahanan Rakyat
Logo :

Penerangan : 
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.

Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.



Tahun: 1977 (Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun) 
Tema : Bersatu Maju
Logo :

Penerangan:
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.

Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia.

Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian) dan batiniah.



Tahun: 1978 (Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun)
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Logo:
Penerangan:
Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.

Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.



Tahun: 1979 (Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun)
Tema :Bersatu Berdisiplin
Logo :
Penerangan:
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.

Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.



Tahun: 1980 (Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun)
Tema :Berdisiplin Berbakti
Logo :
Penerangan:Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.


Tahun: 1981 (Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun)
Tema : Berdisiplin Berharmoni
Logo :

Penerangan:
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.


Tahun: 1982 (Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun)
Tema: Berdisiplin Giat Maju
Logo :
Penerangan:
Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.

Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.



Tahun: 1983 (Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun)
Tema : Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo :
Penerangan:
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.

Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.


Tahun:1984 (Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun)
Tema : Amanah Asas Kejayaan
Logo :
Penerangan:
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.


Tahun:1985 (Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun)
Tema : Nasionalisme Teras Perpaduan
Logo :
Penerangan:
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.

Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.



Tahun:1986 (Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun)
Tema : Bangsa Tegas Negara Kukuh
Logo :
Penerangan:
Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.

Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.



Tahun:1987 (Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun
Tema : Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo :
Penerangan:
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan.

Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukun Negara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.



Tahun: 1988 (Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun)
Tema :Bersatu
Logo :
Penerangan:
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.

Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.



Tahun: 1989 (Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun)
Tema : Bersatu
Logo :
Penerangan:
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional.

Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.

Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.



Tahun: 1990 (Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun)
Tema : Berjaya
Logo :
Penerangan:
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.

Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya.

Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.



Tahun: 1991 (Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun)
Tema : Wawasan 2020
Logo :
Penerangan:
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.

Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.


Tahun: 1992 (Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun)
Tema : Wawasan Asas Kemajuan
Logo :
Penerangan:
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.

Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.



Tahun: 1993 (Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun)
Tema : Bersatu Menuju Wawasan 
Logo :
Penerangan:
Rekabentuk:

Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.

Warna:

Merah dan putih : Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan.

Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.

Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia



Tahun: 1994 ( Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun)
Tema : Nilai Murni Jayakan Wawasan
Logo :
Penerangan:
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.

Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat.

Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.



Tahun: 1995 ( Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun)
Tema : Jati Diri Pengerak Wawasan
Logo :
Penerangan:
Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara.

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.

Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.

Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.



Tahun: 1996 (Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun)
Tema : Budaya Penentu Kecapaian
Logo :
Penerangan:
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.

Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.



Tahun: 1997 (Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun)
Tema : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Logo :
Penerangan:
Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.


Tahun: 1998 (Sambutan Kemerdekaan ke-41 tahun)
Tema : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Logo :
Penerangan:
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia.

Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.



Tahun: 1999 (Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun)
Tema : Bersatu Ke Alaf Baru
Logo :
Penerangan:
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020.

Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.



Tahun: 2000-2006 (Sambutan Kemerdekaan ke-43 tahun - ke-49 tahun)
Tema : Keranamu Malaysia
Logo :
Penerangan:
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.



Tahun: 2007 (Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun)
Tema : Malaysiaku Gemilang
Logo :
Penerangan:
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.



Tahun: 2008 (Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun)
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
Logo :
Penerangan:
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.



Tahun: 2009 (Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun)
Tema : 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo :
Penerangan:
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.


Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Tahun: 2010 (Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun)
Tema : 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Logo :

Penerangan:
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Tahun: 2011 (Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun)
Tema : 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Logo :

Penerangan:
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Tahun: 2012 (Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun)
Tema :55 tahun merdeka-janji ditepati
Logo :
Penerangan:

Tahun: 2013 (Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun)
Tema : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Logo :
Penerangan:
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
Tahun: 2014 (Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun)
Tema : Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo :
Penerangan:
Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang  menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat  Malaysia yang unik dan bertolenrasi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap  pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.


Tahun: 2015 (Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun)
Tema : Malaysia #SehatiSejiwa
Logo :

Tahun: 2016 (Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun)
Tema : Malaysia #SehatiSejiwa
Logo :
Penerangan:



Tahun: 2017 (Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun)
Tema : Negaraku #SehatiSejiwa
Logo :
Penerangan:
NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

Lagu Kebangsaan Malaysia


"NEGARAKU"

   
LIRIK LAGU "NEGARAKU"

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup,
bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita,
selamat bertahkta 


Sejarah Ringkas Lagu Negaraku:
     " Negaraku" dipilih daipada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahe di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
     
     Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan " ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlansung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

     Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Paukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenang oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

      Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam, 30 Ogos 2003.

       Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
     
       Lirik Negaraku berentak baru masih sama, cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.
(Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Negaraku )

Wednesday 26 July 2017

 Antara Tokoh-Tokoh Negara

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
   
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan
ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.


 "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan."
Tunku Abdul Rahman


2. TUN SIR HENRY H.S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.


3. TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.


4. RENTAP


Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

"Agi idup agi ngelaban"
Rentap





5. MAT SALLEH


Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.








6.TOK JANGGUT

Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.








7. MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.



8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak
.


9. ANTANOM
Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan “Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.

Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.
Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.

Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan suku-suku Murut yang bermusuhan itu.

Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris didorong oleh beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu terhenti buat sementera waktu.

Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu telah terganggu.

Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan memburu kepala. Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Dalam pertempuran di kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.


10. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID
Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.

Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai “Pemberontakan Tani Terengganu”, Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.

Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.

Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.

Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama “Telaga Limbong” kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.

Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.



11. TOK GAJAH
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.

Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan.

Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.