Wednesday 2 August 2017

Lagu Kebangsaan Malaysia


"NEGARAKU"

   
LIRIK LAGU "NEGARAKU"

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup,
bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita,
selamat bertahkta 


Sejarah Ringkas Lagu Negaraku:
     " Negaraku" dipilih daipada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahe di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
     
     Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan " ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlansung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

     Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Paukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenang oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

      Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam, 30 Ogos 2003.

       Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
     
       Lirik Negaraku berentak baru masih sama, cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.
(Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Negaraku )

No comments:

Post a Comment